Cerita

Tak lama dulu aku ada satu blog

dah lama dah blog. aku ingat zaman tu belum lagi macam sekarang mencanak, semua orang nak ada blog. agaknya Kool kut kalau ada blog.

cerita pasal blog, zaman aku main blog dulu, ada lah juga rasa kool. kool lah sebab aku ada blogspot diorang semua takde, bila diorang takde, dah tentu diaorang tak tahu nak guna function dalam blog ni kan.

blog aku masa tu aku cuma tahu copy paste entah hape-hape info dari internet. agak malu aku nak taip bila ingatkan semula.

tak lama dari tu, aku pun mula lah buat blog aku tu jadi diari. macam budak-budak-perempuan.

bahasa masa tu memang tak terjaga langsung. main bedal je. aku pun hias blog aku tu macam macam gadget. semata mata nak tarik traffic disamping install nuffnang yang sememangnya tengah femes masa tu.

masa tu yang aku ingat, cerita blogohblog, , , entah ni je yang aku ingat sekarang.

pergh aku cerita macam pengalaman dah 10 tahun

dari blog ni, ada la berapa kerat member yang aku add kat facebook dengan friendster..masa tu friendster hot lagi

tapi blog aku ni tak femes pun. asyik asyik ikut cara orang, dah tu nak jadi femes ni bukan senang. kalau kau orang tua yang dah hidup 300 tahun, sesuai amat buat blog. kalau kau perempuan lelaki cun pun sesuai blog. kalau kau peniaga, pun sesuai juga. tapi kalau kau kool, pun sesuai buat blog. kalau kau sanggup membebel setiap hari, kau pun sesuai juga. tapi aku rasa semua ni kena ada bakat.

tak kisah lah spm kau D sekali pun tapi ada bakat MENAIP, memang traffic kau akan lebat setiap hari.

tapi apapun kau jadi la diri sendiri.

NGC 6729: Kelahiran Bintang Baru

Gambar false-colour yang paling detail dari ESO’s Very Large Telescope menunjukkan bintang yang paling muda terbentuk diatas debu dan gas di kawasan NGC 6729

Pandangan close-up kelahiran bintang baru yang dikelilingi dan dibentuk oleh debu dengan gas.

European Southern Observatory's Very Large Telescope yang terletak dia Cerro Paranal, Chile, merakam NGC 6729 yang mana salah satu pembentukan bintang yang paling dekat dengan bumi.

Walaupun bintang tu sendiri tak dapat dilihat, tapi bahan yang mereka masukkan berlanggar dengan gas dan awan debu dan menghasilkan  landskap yang penuh dengan gumpalan, dan garis busur yang bersinar.

Bintang terhasil didalam molekul awan, tetapi peringkat permulaan tak dapat di lihat dengan teleskop visible-light disebabkan lapisan yang tebal dengan debu. Dalam imej ni, terdapat beberapa bintang yang muda disebelah atas kiri gambar tetapi bintang tu tak dapat dilihat secara kasar.

http://www.space.com/11138-baby-stars-photo-high-speed-jets.html

Bumi Dan Bulan Dari Zuhrah



Gambar ini diambil oleh NASA’s Mercury Surface, Space Environment, Geochemistry, and Ranging (MESSENGER), pada 6 mei 2010. Jarak MESSENGER waktu ni 183juta kilometer dari bumi dan lebih jauh dari jarak kebiasaan antara bumi dengan matahari 150 juta kilometer.


Messenger
Info – MESSENGER adalah probe pertama yang berlepas ke Zuhrah selepas Mariner 10 pada tahun 1974 – 75. Walaubagaimnapun pada tahun 2003 Mars Global Surveyor dapat merakam bumi dengan bulan sekali sementara Spirit Rover kat atas permukaan Marikh, merakam gambar bumi yang pertama yang diambil dari permukaan planet lain. Tahun 2006 Cassini telah menghantar gambar (snapshots) bumi dari jarak 1.5 billion kilometer dari bumi sebagai probe pertama yang mengorbit Zuhal. dan Voyager 1 merakam seluruh system solar pada tahun 1990, merakam bumi dari jarak lebih 6.4 bilion kilometer jauh!

Arrrgghh!

"Arrrgghh!" adalah salah satu cara dalam perkataan untuk menunjukkan emosi seseorang..

bila aku buka blog orang, kadang kadang rasa nak aktif balik tulis blog.

tapi malas =.=.

rajin masa ada idea.

idea? ^n^ keh keh keh idea taik ayam hari hari..idea nak taip sebulan sekali baru datang.

tapi aku fikir nak buat satu slot untuk sains angkasa, kiranya aku terjemah ke bahasa melayu.

hoh..

tip #6

korang rasa kalau korang kawen dengan anak tokey apperentice macam dalam tv3 tu, korang rasa bahagia x? sebenarnya x. pasalnya ko senang2 je nanti kena jadi madu xpun tukar2 pasangan. mujur madu tu sedap. bagi aku madu buleh?

jadinya sebelum ko nak kawen dengan anak tokey tu, ko kuatkan agama ko pehtu ko bimbing minah/jantan tu. baru la pasangan korang tak lari cari orang lain. kalau x pun ko bolot harta pasangan ko tu bebanyak, transfer ke akaun ko kat zurich, pastikan fund kat akaun paypal aku 5 percent dari harta ko bolot tu sbagai penasihat x rasmi ko ok.

Tips #5

haa kalau korang nak pasang ramai, elok korang belajar cara nak cover dari kantoi.. pasang ramai ramai ni syok gak aku perhati, fuuh mmg jiwa kosong tu xde dalam life ko. ko nak macam tu? meh beli seposen 2

tapi macam mana nak pasang sepasang 2 pasang 3 pasang?