Outing Learn & Shoot

outing kali ni kat bandar hilir melaka.

ramai tu aku ingat belas belas juga la. model 2 orang. fatin dgn..aku x ingat sape lagi sorang.

biasa la janji melayu.

event patut start pukul 10 pagi, tengok tengok pukul 11.45 baru mula! peerrgghhh matahari dah pacak tangan dah peluh, mekap dah cair baru nak mula! bukan apa beb kumpul orang punya pasal tu yang mula lambat. siot.

ni kali pertama kitorang pegi outing shot model. pergh model berapi lawa. tapi bukan full-time model la. part time. sorang nursing sorang lagi..aku xtau. bukan senang ambil gambar potrait ni. rupanya ada cara. style ambil gambar pun xleh statik sangat kalau tak nampak dull (betul ke maksud aku).

habis pukul 3, pukul 4.30 sambung event plak. tapi kali ni dengan budak budak utem. so join adventure je. ramai yang datang. even yang untuk utem sahaja tapi bebudak dari kym, muar segala ceruk pun ada datang. memang terbaik la. event first untuk potrait kali ni HDR dengan panorama. haha ni aku dah biasa buat. tapi layan je la kot ada trick baru.

oh kalau korang ada nissin ke atau pape jenis brand speedlite, korang punya speedlite tu boleh sync terus dengan body kamera, petuanya set TTL mode pada speedlite dan pop-up flash kat body kamera korang.

Outing Photog Melaka

22.10
aiseymen aku ada kelas petang ni. kalau ikutkan sampai pukul 6.00 petang. tapi kelas mula awal, dapat balik awal pukul 5 hoho.

bekejar aku pergi pantai puteri dari alor gajah.

fuuh jauh giler! aku gerak pukul 5.45 dari alor gajah, sampai pantai tu dekat pukul 7. hmm mujur aku ada experience sebelum ni. hehe.

kalau korang nak shoot sunset. gold time antara pukul 6.55 hingga 7.15. sekejap je kan. bukan beb waktu ni matahari dah boleh tengok dengan mata kasar and then waktu ni korang boleh tengok matahari terbenam slow slow dalam laut. kalau korang boleh slow shutter kaw kaw, haaa..sumpah beb memang lawa kalau korang edit!

malam sebelum tu hujan

aku sampai tu hujan dah rintik dah pun. tak lama lepas tu xdak dah hujan. tapi disebabkan hujan tu rahmat, malam sebelum tu hujan, awan dah lindung matahari. jadi x nampak la matahari tu, cuma kontra warna menunjukkan maghrib dah nak tiba.



6 orang datang petang tu. rata rata pakai canon. heh canon ke nikon ke oly ke..sama je, gambar masuk photoshop juga.

ok semoga hidup penuh ceria!

Sapa Tudung Biru Tu??

semalam khamis aku pegi bazar, lepas 2 3 hari kot tak keluar ke bazar. masa tengah usya usya makanan tu, zzuuuppp! sorang perempuan yang sedap mata pandang. fuuh! ayu giles!. dia bertudung biru and it was so obvious among the others.

Huhu aku usya dari jauh je. nak dekat tak berani

aku tanya kawan aku..dia pun xtau sape..adei

haha..harap harap dapat jumpa lagi hari ni kat bazar ramadan!






p/s tak jadi pegi bazar petang tu sebab bebudak ni ajak buka kat kedai makan...