HOHO!!: Latihan Komando


Mana-mana yang ingin menyertai pasukan Anggota-anggota elit 10 Briged Para dikehendaki lulus dalam ujian fizikal atau dikenali sebagai Latihan Semangat Waja sebelum layak memakai beret Pegasus dan Sayap Berdarah.

Latihan Semangat Waja ini terdiri daripada:

1. Senaman perang
2. Larian hutan berpaya
3. Mara lasak sejauh 12 kilometer
4. Pelaksanaan serbuan khas
5. Latihan 5 kilometer bagi membolos dan mengelakkan diri
6. Latihan abseilling
7. Latihan rapelling
8. Junam selesa
9. Jalan laju 22 kilometer
10. Mendaki Gunung Ledang
11. Ikhtiar hidup
12. Pandu arah 33 kilometer
13. Berjalan lasak 65 kilometer
14. Mendayung perahu tempur sejauh 32 kilometer
15. Berlari sejauh 7 kilometer
16. Merentas desa
17. Larian balak
18. 32 kilometer bagi larian berpasukan
19. Larian 42 kilometer
20. Kawad tempur seksyen dan platun
21. Kemahiran mengendalikan senjata

Latihan ini untuk ujian mental dan fizikal yang melayakkan diri seseorang itu untuk menyertai pasukan ini.

Latihan khas pula meliputi:

1. Operasi pendaratan secara taktikal melalui udara (TALO)
2. Latihan payung terjun
3. Latihan tempur jarak dekat (CQC)
4. Latihan penerjun bebas (HALO/HAHO)
5. Kursus penembak tepat
6. Kepakaran menggunakan bahan letupan
7. Kebolehan menembak
8. Menembak pantas

Setelah berjaya menamatkan kursus, upacara pemakaian Beret Merun dan Sayap Berdarah kepada pegawai dan anggota akan disempurnakan oleh Panglima 10 Briged Para.

PASKAL (KOMANDO LAUT)

Latihan Asas Kelayakan PASKAL :

1. Ujian Pemanasan / Ujian Kelayakan
2. Kursus Asas Komando PASKAL ( meliputi Darat, Laut dan Hutan serta Paya)
3. Penyelam Kapal & Penyelam Tempur Oksigen
4. Asas Payung Terjun
5. Tempur Jarak Dekat dan Tempur Tanpa Senjata.(TTS)

Pegawai dan anggota akan dianugerahkan dengan beret komando apabila tamat latihan asas PASKAL dan lencana trimedia setelah menjalani kursus kepakaran anggota PASKAL. Mereka akan menjalani latihan lanjutan secara berterusan bagi mendalami kepakaran masing – masing bagi melayakkan mereka menyertai sebarang operasi. Anggota PASKAL juga diwajibkan menjalani ujian kecekapan & kecergasan setiap 3 bulan bagi menilai tahap kesiapsiagaan anggota. Antara ujian yg dijalankan ialah :

1. Larian 7.8km dalam masa 28 minit
2. Berenang 1.5km tidak lebih dari 25 minit (kolam renang)
3. Berenang 6.4km di lautan dengan peralatan tempur lengkap dalam masa 120minit
4. Terjunan bebas malam/siang di lokasi tertentu bangunan,laut,bukit.
5. Renang gaya bebas 1.5km dalam masa 31 minit.
6. Selaman bebas tanpa peralatan di kedalaman 7m.
7. Ikhtiar hidup dalam air dengan kaki dan tangan diikat.

Group Gerak Khas (GGK)


LATIHAN

Tentera Darat membuat pengambilan latihan Kursus Asas Komando 3(tiga) kali setahun, siri AK/1, AK/2 dan AK/3.Kursus ini mengambil masa selama 12 minggu, terbahagi kepada 5 fasa.Syarat untuk menyertai kursus ini seseorang itu haruslah berkhidmat dalam Tentera Darat terlebih dahulu,sekurang-kurangnya setahun dan mempunyai rekod yang cemerlang.Pendek kata kursus ini hanya untuk anggota Tentera Darat bukan orang awam.Kursus ini juga merupakan kemuncak kepada kemampuan seorang anggota Tentera Darat.Biasanya,50 peratus anggota akan berjaya mengharungi kursus ini sehigga tamat.Contohnya kursus siri AK/3/2006. 180 anggota diterima menyertai kursus ini setelah lulus orientasi selama 30 hari di Markas 21 GGK.Akhirnya 90 anggota berjaya menamatkan kelima-lima fasa dengan jayanya pada 24 Februari 2007,bermula pada 2 Disember 2006.

Sebelum menyertai Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas 12 minggu,pelatih wajib terlebih dahulu mengikuti orientasi selama 30 hari bagi menilai apakah mereka layak menyertai kursus tersebut.Oleh itu mereka diuji dengan keras.

FASA 1: KEM (5 minggu)

Setelah berjaya diorientasi barulah mereka boleh menyertai kursus.Objektif peringkat permulaan ini untuk menguji ketahanan mental dan fizikal anggota.Antara latihannya seperti abseiling,senjata,bahan letupan,perubatan dan sebagainya.Pada permulaan peringkat ini, pelatih akan berlari sejauh 76 km, seterusnya 76 km lagi pada waktu malam.Pertengahan pula jalan lasak 25 km.Di akhir peringkat ini pelatih harus keluar dari Kem Sg. Udang memandu arah sejauh 138 km tanpa henti.

FASA 2: HUTAN (2 minggu)

Latihan di perngkat ini seperti ikhtiar hidup,peperangan hutan dan sebagainya. Pelatih juga dilatih memandu arah sejauh 90 km.Di akhir peringkat ini mereka juga akan berjalan sejauh 160 km dalam masa 3 hari.Biasanya, aktiviti inilah yang paling ramai pelatih gagal kerana menyerah dan tidak mampu bertahan lagi berjalan sejauh itu.

FASA 3: PAYA (1 minggu)

Walaupun hanya seminggu dan tiada apa-apa aktiviti fizikal di peringkat ini,tetapi mereka terpaksa bertahan untuk terus hidup dengan hanya berbekalkan seluar dalam, sebilah parang,beberapa batang mancis dan tiada langsung bekalan makanan diberi.Latihan lain ialah ikhtiar hidup,peperangan di paya dan sebagainya.

FASA 4: LAUT (2 minggu)

Latihan di perngkat ini seperti serangan pantas,menyelam di dasar laut,sabotaj dan sebagainya.Pelatih juga dikehendaki berdayung dengan kanu todak sejauh 20 km.Selain itu pandu arah laut 10 km dengan kanu yang sama.Setiap anggota komando WAJIB mahir dan pakar dalam tiga dimensi peperangan iaitu laut,darat dan udara.

FASA 5: LATIHAN PENAMAT (2 minggu)

Sekarang tibalah masa untuk pelatih mengaplikasikan segala apa yang telah dipelajari dan diharungi pada peringkat sebelumnya.Peringkat inilah merupakan ujian sebenar pelatih. Permulaan ujian mereka terpaksa berdayung sejauh 100 km menuju ke kawasan operasi.Tiba di sana,mereka perlu mencari dan mengenalpasti lokasi kawasan musuh,mengatur gerak dan seterusnya melancarkan serangan ke kawasan itu.Setelah serangan berjaya dilaksanakan dan objektif tercapai,mereka terpaksa pula melarikan diri dari musuh yang cuba memusnahkan mereka.Dalam pelarian ini,mereka juga perlu mengelak dari ditangkap.Inilah yang dinamakan escape & evasion.Jikalau ditangkap,mereka akan diseksa sebenar-benarnya.Jarak pelarian ini sejauh 240 km!!!Untuk mengelak dari ditangkap,mereka tidah boleh leka atau tidur sepanjang E&E itu.Masa yang diambil kira-kira 5 hari untuk menamatkan jarak sejauh itu.Bayangkalah keperitan yang mereka alami.Maka layaklah mereka digelar KOMANDO,iaitu manusia yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang amat tinggi

Segala ujian yang mereka harungi ini tak mungkin mampu dilakukan oleh manusia biasa.Saya sendiri bagaikan tak percaya apa yang mereka buat.Jumlah keseluruhan perjalan mereka sejauh lebih 900 km.

Mereka akan diberi rehat seminggu selepas itu sebelum hari penganugerahan beret. Anggota yang berjaya akan membuat satu demonstrasi serangan pantai keatas kubu musuh yang berada hampir dengan gigi air kepada tetamu kehormat.

Penganugerahan

Mulanya anggota itu akan melutut dihadapan penganugerah.Topi celoreng yang dipakai akan dibuang manakala beret hijau akan disarungkan.Kemudian anggota akan mendepakan tangan kanannya sambil menggenggam untuk penganugerah mengikat lanyard biru.Akhir sekali anggota perlu berdiri semula untuk penganugerah menyarungkan pisau fairbairn & sykes yang sarungnya telah berada tersedia di dada kiri.Penganugerahan ini diberi terlebih dahulu kepada pegawai.

Diploma juga turut diberikan kepada anggota-anggota itu.

kredit: Mejar Asraf Bin Jamil

Tips #4

hidup ni, ko x boleh sangka yang dia tu akan dapat orang lebih sempurna dari ko

entah entah otak dia lagi sempurna dari ko. xpun. kelebihan pada bidang lain buat ko lagi sempurna dari dia.

?

Tips #3

kalau ko rasa minah/laki tu jodoh ko, kiranya dah memang dia je yang mata hati ko nampak..




ko stay-up je dengan dia! jangan putus asa! even though dia tu ada boy/gofrend, ko jangan putus asa!

ala diorang bukan kawen lagi pun, yang penting ko rilek je dulu..sampai la tiba masanya ya.

Tips #2

tips no2, korang jangan sekalikali pecaya katabang/akak angkat korang kalau korang rasa yang korang akan jumpa orang lain nanti. bukan apa sebab abang/akak angkat korng ni akan buat segala macam cara untuk rampas korang semula dari orang yang ko jumpa tu.

tengok la nanti macam macam diorang buat untuk dapatkan ko either to test their market or they are truly love you.




ayat xleh blah.

Tips #1

kalau ko berjalan kat mana mana tempat yang gelap, then suddenly ko tersampai kat sebijik rumah kosong ni. pastu kasi sedap crita skit, telefon ko berbunyi. ko angkat, ada suara lelaki/pompuan suruh ko masuk dalam rumah tu.
.
.
.
.
.
.
ko masuk je! sebab kemungkinanya ada makhluk cun/hensem (siyes ni!) suruh ko tolong dia skit. ko tolong je. nanti mesti jatuh cinta kat ko sebab overtouch dengan ko.

..wooo bertuaaahnya. dah la cun/hensem~~

Mulakan Tips!

haa hari ni aku bagi tips kalau aku ada idea la.

ko x nak ikut? ko layan je laa.

Layan Korea Boleh Kurangkan Penyakit Jiwa?

korang tahu tak fakta kat tajuk aku atas ni?

nanti aku beritau sebab kenapa dan bahayanya.

Ngeri Woooii

huhu memang lawak perangai certain people sekarang ni.

gambar orang mati accident takda kepala, kepala hancur, badan hancur, hati hancuq, semua hancur, semua nak p tunjuk kat orang.

dei tambi aci, cuba kau bayangkan kalau tempat kau kat tempat waris yang mati accident tu..?
gila sewel mereng apa nak tag gambar2 tu semua kat facebook. aku tau ler kau ada kat tempat accident tu, and aku boleh agak, yang kau tu cuma tolong menyemak je kat situ kan? then pretend berlagak AFP ada kat situ amik gambar. haram jadah betoi.

ish xleh blah betol bila tengok orang tag2 gambar accident kat fb ni. bangang.

Rozita Che Wan Tu Jantan Sebenarnya!

serius shit aku xde idea nak tulis sekarang ni